Thursday, March 7, 2013

Bola Kampung 3D The Movie Gala Premiere

Holla...

Sape pernah tgk cite Bola Kampung kat tv??Rase nye yg ade ank2 kecik ni mst pnh tgk kan..I pon slalu gak tgk sbb adik i yg last tu suke sgt2..

Kali ni nak story sket pasal Filem Bola Kampung 3D The Movie..Filem ni menggunakan suara 14 org artis tempatan,di antaranya ialah Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Steven Tan, Baki Zainal, Noh (Hujan), Douglas Lim, Rahim Omar, Deanna Yusoff, Adila Shakir, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.Filem ni menggunakan sepenuhnya Imej Janaan Komputer (CGI) dengan kos penerbitan sebanyak RM6 juta dengan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya.Filem ni mengambil masa hampir 3tahun sebagai persediaan itu akan menggabungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara bagi menjayakannya.(wowww,bersungguh2 diorg nk menghasilkan filem ni)

First of all,animation citer ni superb..graphic sgt cantek..3D pon AAAAAA la..memang lain dari cite kt TV tu..mmg cantek..

Jalan cerita agak menarik,cume ade drag sket mase starting tu..mcm byk diselitkan elemen2 yg mewakili malaysia(buah durian,suasana kampung,permainan kampung)..mungkin utk memperkenalkan malaysia atau nk memperkenalkan pada kanak2 zmn skrg ni yg xpernah merasai semua tu..agak lame pengenalannya utk sampai ke klimaks cerita(rase nye boleh dipendekkan sket,sbb ade watak yg cam xperlu pon)...okay,klimaks cite ni sgt menarik..aksi2 yg ditonjolkan xkurang hebatnye..tp syg nye,mcm kejap sgt..sepatutnya dilebihkan jalan cerita dgn aksi2 yg best kt klimaks ni..kejap sgt rase cam xpuas nk tgk..

Ending pon not bad..Happy ending,i loike..cite mesti la happy ending,baru la best kan..

Overall,citer ni best utk tontonan org ramai,penggemar kartun,kanak2,keluarga,sahabat handai..mmg seswai utk tontonan umum la..tehibur tgk cite ni,terpukau dgn graphic yg superb..(watak2 die cute2,kucing yg ade dlm citer ni pon cute sgt2,Geramm!!Miaowww!!)

Meh i story sket psl citer ni ye..
Filem ni berkisar tentang Amanda, seorang puteri dunia permainan maya 'Kingdom Hill' dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari wira legenda, 'Suria Warrior' yang mampu menyelamatkan negaranya daripada peperangan.

Setibanya dia di kampung itu, Puteri Amanda telah hilang ingatan dan wira Bola Kampung iaitu Iwan telah menyelamatkannya dan dari situ pelbagai peristiwa menarik telah berlaku.Ape yg berlaku kepada Amanda?Bagaimana Iwan membantu Amanda dalam menyelamatkan negaranya??haaa,nak tahu lebih lanjut??kenalah tonton filem ni di pawagam nnt ye!!!!

Kepada rakyat malaysia di luar sana,xkire kaum,kecik besar,tua muda,abang2 kakak2,pakcik2 makcik2..boleh la ke pawagam berhampiran anda pada 21 March 2013 utk menonton dan menikmati Filem Bola Kampung 3D The Movie..marilah kite menyokong Filem Animasi 3D buatan Malaysia..

Tahniah i ucapkan kepada Pengarah Urusan Animasia Studio,Edmund Chan diatas terhasilnya filem animasi yg bermutu tinggi ini..sgt2 terhibur menonton filem ni td..

Terima Kasih yg xterhingga i ucapkan kepada Animasia Studio kerana menjemput i utk menyaksikan Gala Premiere Filem Bola Kampung 3D The Movie ni(dijemputke??huhu)
xlupe jugak kepada adik i,Firdaus B. Saiful Bahri yg bekerja di Animasia Studio sebagai Junior Story Board Artist(tnpa dia,xmungkin i dijemput utk preview filem nih)

To all,enjoy your movie!!!

P/s:- boleh tk preview movie ni kt link bwh ni ye..

http://www.gsc.com.my/html/movies-info-synopsis.aspx?ID=12&PID=15&M_MovieID=108






2 comments:

  1. Hi, I do think this is an excellent site. I stumbledupon it
    ;) I will return once again since I book marked it.
    Money and freedom is the best way to change, may
    you be rich and continue to help other people.

    My blog refinancing private student loans

    ReplyDelete
  2. Hello are using Wordpress for your site platform?
    I'm new to the blog world but I'm trying to get started and set
    up my own. Do you need any coding expertise to make your own blog?
    Any help would be greatly appreciated!

    My web page; Raspberry ketone Reviews

    ReplyDelete