Harini nk share sket psl kepentingan air..untuk makluman semua,kite kena minum air sekurang2 nye 2liter sehari..baru la ckup utk bdn kite menjalani aktiviti seharian..nak taw kenape?jom baca fakta2 ni bawah:-
Otak
Otak kita adalah 75-85% air dan ianya organ pertama yg akan mendapat kesan jika kita kekurangan air. Otak akan mengawal rasa dahaga dan mengurangkan fungsi buah pinggang untuk menapis air. kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan otak. Konsentrasi akan turun 13% dan memori jangka pendek juga turun 7%. Simptom lain yg juga disebabkan oleh kekurangan air ialah berasa terhoyong-hayang, pening, cepat marah, pitam. Jika tahap kekurangan air lebih kronik, ia akan menyebabkan badan berasa lembap, pandangan kabur, keletihan dan kecelaruan.
Mulut
Apabila kita berasa dahaga, tubuh sudah pun hilang sekurangnya 500ml air. Air liur amat bagus untuk kesihatan dan kebersihan mulut namun kekurangan air akan menjejaskan fungsinya. Kekurangan air akan menyebabkan gigi cepat rosak kerana air liur meneutralkan asid yg boleh melemahkan kekuatan gigi. Air liur juga memudahkan kita untuk menelan makanan.
Paru-paru
Kita juga kehilangan air menerusi pernafasan, setiap hari kita hilang kira-kira satu tin air dengan bernafas. Jumlah itu juga akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan juga ketinggian altitud.
Jantung
Kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan jantung untuk mengepam darah dan juga boleh menyumbang kepada penyakit jantung.
Buah Pinggang
Buah pinggang akan mengawal jumlah air dalam badan dengan menapis darah dan membuang bahan buangan dan toksin ke air kencing dan meninggalkan nutrien dalam darah. Oleh itu buah pinggang amat memerlukan air untuk bekerja. Kekurangan air akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang akan menyumbang kepada serangan jantung dan strok.
Perut
Air amat penting untuk diet sihat. Pengambilan air yg cukup akan mengawal selera makan. Air juga membantu penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yg menceraikan makanan. Minum air sebanyak 500ml juga dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30% dan menolong menukar makanan kepada tenaga. Inilah sebabnya mereka yg ingin turun berat badan disarankan untuk minum banyak air.
Pundi Kencing
Tubuh kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, najis dan yg paling banyak adalah melalui air kencing. Jika kita kurang buang air, itu adalah petanda yg jelas untuk kita meningkatkan pengambilan air. Minum air yg banyak akan membantu melawan penyakit batu karang dan kencing kotor.
Darah
Darah ialah 75% air dan ia amat penting kerana darah akan menyalurkan nutrien ke seluruh anggota badan. Air akan membantu penjagaan struktur sel dan menyalurkan oksigen dalam darah. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat dan badan perlu bekerja lebih untuk menyalurkannya ke seluruh badan.
Kulit
Kulit kita bertindak sebagai penyimpan air. Kekurangan air akan memberi kesan kepada rupa kulit. ia akan menjadi tak bermaya, kering, kendur, dan nampak lebih tua. Air hilang dari permukaan kulit dengan tersejat dan kadarnya akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan peningkatan altitud. Di negara cuaca panas, penyejatan air boleh mencecah 2.5 liter/jam. Air juga hilang melalui peluh akibat peningkatan aktiviti atau bersukan. Kadar kehilangan air melalui peluh adalah dalam 1-2 liter/jam
Panduan untuk pengambilan air yg cukup ialah 1L untuk setiap 25kg badan. Jika anda bersukan atau banyak berpeluh, tingkatkan pengambilan air. Mereka yg berbadan besar dan berat perlu lebih banyak mengambil air kerana lebih banyak air yg akan hilang dari badan. Selepas membaca panduan ini, fikirkanlah sendiri mana yg lebih menyusahkan, kerap kencing akibat minum air banyak atau penyakit yg datang akibat minum air kurang.
P/s:- minum air masak yer,bkn air manis taw..
No comments:
Post a Comment